Monday, 24 October 2016

Suku Malam Cintaku


Katanya mutlak harus tahu, pengertian pada 1 nama
Katanya lagi indah akan di sana, lalu ku kerling arahnya apa?
Katanya aman, aku jejaki makna amannya?

Waktu yang ku lerai, ku kaut semula akannya, kali ini jiwa dan hati ini mentarbiyahkan rasa penuh kesyukuran, cantiknya kawalan akal ini, memberi impak yang terkesan akan sikap diri sendiri. Aku terlalu aktivis berkehendak, realisasi sesuatu yang aku angan bercita-cita.

Kini lewat waktu, aku digerakkan dengan hebatnya panggilan itu, mintaku bercinta dengannya. Lapang dada saatku tutur ayat cinta itu, aku mohon padanya agar keluhuran, keikhlasan, dan kebaikan akan sentiasa berteman dan berdamping denganku, agar suatu masa akidah akan bertambah indah dalam diri...

Aku sentiasa merindui akan cinta itu, aku menyempat waktu 5 kali, namun aku lebih selesa jika ku luang waktunya sepertiga malam, aku tahu tika itu aku bisa berdialog dengannya, aku tahu aku bisa teruja akannya.....saat itulah aku sedar lemahnya diri, dan engkaulah yang maha agung.

Aku tuturkan ayat-ayat saktimu penuh makna, walau adakala aku tergagap dan terkial-kial bertutur namun aku harap ayatku itu bisa kau terima .

Cintaku, jangan kau abaikan aku walau sesaat, kerana gerakku ini hanya ada pada kuasamu...................

Monday, 10 October 2016

TASBIH DI SUDUT WAJAHMU


Lurusnya apa kalian ini, membiarkan titisan air mata menitik di hadapan mereka ?
Bukan kalian jelas nampak hancurnya hati mereka, mengulas kata akan hidup mereka....ayuh jangan begini kalau kalian mahu mereka rasa gembira dalam jiwa. Hapuskan air mata kalian ini semua, andai ada sesuatu yang kalian lihat menyebakkan di dada, bertahanlah.!!!

Kita hadir untuk menjemput keamanan, bagi mereka rasai bahagia dan aman.

Tika itu, dalam ramai-ramai orang tua di situ, mereka berpasang dan berkumpulan bergaul bersama hadirin yang datang. Maaf aku tak bergambar tika itu, handphone di dalam kereta,  terpaksalah simpan kenangan itu penuh neutral dalam hati. Lagi nikmat jika mengenang dari dasar hati.

Aku hanya berdiri di sudut, Namun ada 3 orang tua tersenyum memandang, aku hampiri.. 
Lelaki Melayu Tua, Perempuan melayu tua, dan perempuan cina tua...

Kenapa tak berlonggok di sana? mereka menyapa....
Mereka menangis Pak Cik, tak akan saya nak turut menangis, Saya berdiri di sini kerana selesa melihat kamu ber- 3. Itu sebab dari tadi saya terpacak di sini.

Mak Cik & Pak cik seronokkan tempat ni?? mereka tersenyum. 
Kenapa kau kata seronok nak??
Mak cik di sini boleh dapat kawan kan? boleh makan beramai-ramai, buat kerja sama-sama, tak sunyi, beribadat beramai-ramai, pendek kata kita tak berseorangan. Betul tak mak cik.?? 

Mereka ber-3 hanya mengangguk tersenyum, pak cik itu tanya : kau ini ada mata air? (kekasih)
Ada pak cik mata air tu bapa saya, tapi dah meninggal, sekarang hanya bermata air dengan emak. Sayang sangat dengan emak. Mereka tersenyum lagi..

Dalam pantasnya waktu, kian lama aku berbual, sambil aku berduet menyanyi  dengan mereka, aku rasakan mereka dengan royce chocolate, hahaha terhegeh-hegeh dan sweet sangat bila tengok mereka makan. Berdekah-dekah aku dan mereka ketawa, tiba-tiba hadirin di hujung sana terhenti tangisan memandang ke arah aku, namun kami masih tak berhenti ketawa.

Mereka berselang seli memberi nasihat  berguna pada aku, tika itulah dada aku umpama macam di bakar sakit dan hiba ku rasa, denyut jantung bagai terhenti aku rasa. 

Aku memegang tangan mereka, Pak cik, mak cik, auntie, hari ini kamu bagi saya pahala tau, kamu bagi saya bahagia, kamu bagi saya berbagai rasa. Tempat ini benar-benar menarik hati saya pak cik. kalau pak cik mak cik dan auntie tanya saya, kenapa?..... Andai suatu masa takdir saya berseorang tiada zuriat atau apa jua jadinya, syurga dunia yang ada di sinilah saya akan tinggal dan cari . Di sini saya akan mengabdi diri dan terus bercinta pada pencipta yang memberi nyawa akan saya. Hanya suasana inilah kadang-kadang buat manusia kuat berfikir, dan suasana beginilah mudah ujudnya cinta ikhsan. Di sini gelanggang ujian Tuhan pada kita pak cik, suka duka itu saya mengerti dalam diri kamu semua, tapi........bukankah nikmat kita rasa kalau tak fikir duka itu berterusan. Nanti mati akal kan Pak cik.?

Baiklah semua, saya datang dengan orang yang berdiri dengan pegawai di luar tu, saya balik dulu. kalau cinta di hati saya ini sentiasa celik saya pasti datang lagi. Melangkah kaki saya nanti, ampuni saya kalau punya silap ya? Bersalaman dan mak cik tua itu erat memeluk aku sambil menitis air mata. 

Mak cik nangis ni gembira ke apa? aku mengesat air matanya dengan tapak tangan ku. Sudah mak cik lain hari saya datang lagi, mak cik jangan nangis ya. Kalau Tuhan bagi banyaknya yang kita tak minta dan hanya 1 atau dua saja yang kita tak lengkap, kita harus redha dan harus syukur bahagia. Mak cik dan pak cik itu tersenyum lagi. Ermm senyum inilah yang akan bekalkan kenangan untuk saya balik nanti. Sayang mak cik......

Dompot tahu tak tadi lepas solat jumaat aku gi rumah orang-orang tua tu. Seronok sangat..
Nangis?? mana boleh nangis
Sedih? memang sedih tapi kenapa harus tunjuk.
Ya nanti aku bawa kau pula berkasih sayang dengan mereka.
Betul Dompot, sikit pun aku tak nak mereka sedih.
Ya Dompot, kita jumpa di rumah emak nanti malam......



It's me ....UHIBBUKI FILLAH


Dear friends,
Yes, I love going out, but how to get knowledge about life.

Yes, i like spending a lot of time with you, it means that i live life according to my own expectations and ideas.

It simply means that i appreciate spending time with my friends because I've chosen them wisely and they mean the world to me....

Did u know about true color of me ??? come here and stand in front of me, I tell you..

I allergic to nonsense !! I am fun loving person but you cannot handle nonsense. Stay away  from people who are insensitive and don't think before they speak.

Dear Friends,
Life is not about what happens to us, it is not how we react to what happens to us, our experiences in life, both good and bad, have taught you that life goes on and time waits for no one. So Dear Friend, it's better to keep moving.

Dear Friends, life and world teaches us how beautiful it can be to let go, teaches us to be thankful, and teaches us to embrace new beginnings...

If i say and did what im saying just now....... IT'S ME : UHIBBUKI FILLAH.?????


Sunday, 9 October 2016

KEEP MOVING....


Life is not about what happens to us, it is about how we react to what happens to us. Your experiences in life, both good and bad, have taught you that life goes on and time waits for no one. So it's better to keep moving forward.....




FUNGSI 1 AKAL


Saat kau lihat, di situ engkau percaya
saat kau alami, di situ kau merasa,
saat kau rasa, di situ kau akan rasa sakitnya.....

Bunyi berbagai melunakkan gegendang telinga,
manis kata, agung membidas
tak mengapa bibirmu,
hatimu serta akalmu...

Pesat kau bangunkan bidaan, penyusunan bait-bait kata lembut tusuk dalam hati. Tercucuk tak mampu di hakis. Namun katanya sang akal, fikiri dulu jangan kau lenakan perkara itu dalam hati....Hati itu satu !!! tapi banyak rasa. Takut rasa tu buat kau sakit, takut sakit tu buat kau dendam, takut rasa tu buat kau mati, dan ada rasa-rasa lain lagi yang kau akan rasa.

Akal memikir lahir dari otak....
Biar aku fikirkan, aku punya volume 1.350cc 100 juta sel syarat (neuron). Biar andil yang aku miliki ini menjadi garis besar kendalikan gerakan dan tingkah laku sang hati. Ku guna pintarnya cerebrum ini menjadi asas untuk teliti aset kegiatan intelektual. Harus kau ingat LOBUS FRONTAL sentiasa peka dan sistem nafsu manusia, di mana cinta bermuara, penghargaan dan nilai jujur manusia...

Wahai hati, jangan kau turut hatimu saja, kian mati .....Hargai aku jika kau punya seribu gusar.....akan ku bawa rasa-rasa itu menjadi enak penuh cinta.






Sunday, 2 October 2016

MAAL HIJRAH 1438


KOLABARASI akal dan jiwa, menyatu untuk ke depan menjulang juara, masa kian berlalu, namun saat di sedari rupanya usia hubungan ini menjangkau 6 tahun. Atas amanat dari yang ESA kau dan aku mutlak bersatu...ku pilih hari JUMAAT, supaya apa jua perkara yang baik-baik atau putus nyawa sekali pun harap-harap JUMAAT juga harinya....

Kalau kau sesuatu yang bisa aku gaul dan uli, pasti ku tahu dan senang untuk membentuk acuannya, nyatanya kau punya sesuatu yang amat-amat sempurna penciptaan. Malangnya pelarasan susunan ilmu dalam jiwa kau masih merangkak tidak lengkap. Aku hulur tangan kiri, tapi agar sukar. Jika begitu sukar , ku tarik kamu 2 belah tangan pula, nyata sukar tetap sukar.

Demi hubungan yang tiada sempadan dan batasan ini, ku renyukkan segala kudrat ragaku, mengendung dan menggalas kamu di jalan yang kau belum amat kenali ini. Nyata lahirnya dia bukan saja berkoyan kilaf, dia juga serba daif.

Sungguh aku tak mengerti akalnya, jelas aku tak faham hatinya, dan pasti aku dengannya penuh jurang. Terhumban aku rasa sangat rangkul dan tarik dirinya. 

Wahai yang Maha Agung, sudahku kerap sujud dan berbisik di bumi, tapi ku tahu kau lebih mendengar, saat ku menadah tangan mohon jutaan keampunan dan berserahkan segala kepadamu, jelas maknanya kamu adalah yang sangat berkuasa atas segala yang kau berkehendakkan. Dengan lemahnya aku sebagai hambamu ku serahkan urusan ini kepadamu.

Dulu  aku tidak mengerti tentang diri dan wibawa aku sebagai orang yang harus memimpin, tapi kini aku mengubah strategi. Kali ini lidahku lebih lunak dari gigi, buktinya kelembutan akan menjadi lebih kuat dari kekerasan.

Tujuan dan nawaitu, aku inginkan perubahan. HIJRAH....

Aku mahu pergi dekat denganmu Yang Esa, Pergi dengan bawanya sekali. Biar cinta ini menuju jalan mu.
WAHAI MAKANIYAHHHHHH ..... aku tak nak di sini lagi, aku nak beralih tempat aku yang kini.
WAHAI I'TIQADIYAHHHHH...... aku tak mahu kufur lagi, aku impi sifat yakin menuju jalanmu.
WAHAI FIKRIYAHHHH....aku tak mahu berfikiran yang dulu, sekularisasi, kapitalisasi, liberalisasi, pluralisasi, dan sosialisasi bahkan momunisasi telah merenyukkan dan melanyakkan segala, kini aku benar-benar ingin beralih arah.

Hijrah Makaniyah, Hijrah I'tiqadiyah, hijrah Fikriyah.... iringi aku dilalui ini , izinkan aku membawanya HIJRAH ke jalan redha Ilahi.....


Thursday, 29 September 2016

(DOMINGO GHIRARDELLI) LABUAN 2010


SENYUM, sweetnya rasa
KERLINGAN MATA, aduhai....melayak utara selatan perginya.

Mana tidaknya, cengkrik dalam hati dah mula girang menyanyi, tari menari . Minda di kuasai indahnya erti bahagia.

Hari ini, STRESS ??? Ehhh tidaklah
Hari ini , PENAT ??? Ehh mana ada, tak rasa pun....
Hari ini, SIHAT ??? Ehhh aku sihatlah...

Dah kenapa ????

Biar lah wei aku macam ni. Tengah makan chocolate (DOMINGO GHIRARDELLI).... Best giler beb sama rasa macam PATCHI chocolate yang mendiang T.gana bagi ku dulu.

biar aku rasai dulu, jangan kau usul kan lagi pertanyaan......yeeZZZahhhh