Tuesday, 30 August 2016

31 OGOS 2016


 Kemerdekaan adalah harga mati untuk setiap bangsa, tak tergadai dan tak tertebus maruah bangsa apa jua istilah berapa mahal jati diri untuk juang . Kemerdekaan ini ku jurus apa yang terpenting dalam diri sebagai aspek paling utama dalam hidup.

Terbuka luas minda ini, terimbas apa yang dibentangkan oleh Watan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Tun Razak, pada jam 0830 malam tadi siaran TV2 RTM dengan Tajuk Ambang Merdeka. Tak tersentap jiwaku dengan ulasan Beliau, terasa ada yang kosong dan terasa omongan yang tiada lengkap memenuhi ruang kejiwaan. tak mahu ku pertikaikan untuk menghuraikan hujah beliau. Ku paksa hentikan persoalan ini agar tak muncul spekulasi.

Aku mula mengkaji akan fakta-fakta asas sebenar merdeka, memikir insan-insan yang terdahulu, bangunnya Malaya, melepasi Malaya dari gulungan Jajah. Terima kasih dan syukur akan mereka, kerana hari ini kita sedang megebang dan menapak dunia masa kini kerana jasa-jasanya.

NEGARAKU TERBILANG (Indah hasil ini,bukan karyaku, sekadar berkongsi rasa)

Tatkala aku menggagahi diri membelah kotaraya,
Aku mendongak melihat tiang-tiang seri mencecah awan,
Rasa bangga bangsa menyala-nyala di dada,
jauh sudah rupanya negaraku mengembara.

Fikiran menggugah zaman remajaku,
Zaman tiada gerbang, tiada simbol pencakar langit,
Yang ada hanya siulan burung di bendang,
Tapi disana kaya kemanusiaan,
Kaya keampunan dan kasih sayang,
Kaya tangan menghulur bantuan,
Di tengah ribuan wira tak didendang.

Di luar sempadan ada cabaran,
Dunia semakin deras bergelora,
Tidak terperangkap kite dengan kata-kata,
Yang cepat mendapat habuan luar biasa,
Yang lambat mendapat sisa-sisa,
Kita memilih sederhana daripada yang mutlak,
Pelbagai daripada yang menyendiri,
Percaya daripada mencurigai,
Bersama daripada menguasai,
Ke hadapan dengan acuan kita sendiri,
Yang diwarisi tidak berkurang,
Yang dijaga tidak susut.

Di sini di bumi ini,
Kita sulam pencakar langit dengan jernih susu kemanusiaan,
Anyamkan cita-cita Alfred Nobel dengan puisi Jalaludin Rumi
Bajai kembang kemboja keamanan pada kubur rakusnya perang,
Tiupkan serunai budaya cinta merentas sempadan,
Sambil memacak panji-panji di puncak khairuummah
Cemerlang, gemilang dan terbilang.


Post a Comment