Friday, 26 August 2016

TERPEROSOK



Hampir 2 bulan berlalu,kepelbagaian rasa semua secara sengaja mencecah hati aku, bagai di robek, adakala tak bertahan rasa sakit tu... 
Dalam lenanya diri, siapa yang bisa menjangka kedatangan mimpi, tafsiran dan gambaran yang tak bisa ada yang mampu mengawal sebelum ianya datang bagai sasaran.

hilang akal, hilang punca, hilang segala nyata yang cantik..

berputar terputar, caci, tamak longlai..tercebik bibir.....aduhhhhh...semaknya

Akal dan hati dah tak mahu bersatu, tak mahu bercinta macam selalu, kenapa 2 ini bercerai..kan dah datang banyak bodoh mempaiseh diri....bangsat sehhh rasa sialan itu. terkoyak rasa di dada...

Sedihnya...banyak yang berlaku lewat kini. Terlibatnya aku di permentasan yang sama sekali aku tak fikir...berketar merealitikan watak. aduh, semak lagi kala memikir....

ku tarik nafas dalam-dalam, aku seru hati dan akal aku bersatu, YESSSS SERASI , CANTUM semula. syukur dowhhh aku rasa.

Saat ke-2 ini bersatu, tercantiknya akal fikir dan terus memikir...WAHHH cantik siutttt hati dalam berkata-kata..
nyata aku tinggalkan, tinggal nafas sesak yang dulu dan masa yang dulu. Aku nak kasih sayang dengan pentingnya ETIKA DIRI.

Tak mahu TERPEROSOK, teruk DOWHHH rasa dia. So demi engkau yang masih meraba kurang jelas tentang pentas ini. Ku biarkan kau saja meraba.

KUATNYA AKU, hanya banyak yang benar dalam diri, kau yang banyak mengotor mulut melongkang kata, biarlah kau berdiri gagah banyaknya dusta tu bangunkan kau sebenarnya. Aku tak tunggu bila mana kau bangun sekarang dan bila kau akan jatuh????? tak nak beb.Nampak sangat hinanya aku, kalau tunggu detik tu.

Hari ini, bangganya aku kerana ????? kerana apa?? biar rahsia tu ku sorokkan dalam hati aku ni.

Bonda dan adinda aku pesan, jangan kau ambil lagi watak utama tu lagi, pentas tu goyah sebenarnya, pesan bonda dan adinda ku lagi. " Jangan kau canangkan maruah keluarga tu walaupun kau benar tahu seluruh isinya hanya kerana pendusta itu punya angkara"

Dengan itu aku sedang berdiri, buat-buat macam aku seorang pesalah sebenarnya....


.
Post a Comment