Friday 16 September 2016

HARI INI UNTUKKU




Cetusan rasa yang tak pernah jemu, jinak sangat jari ini typing selalu. Mintaku bertapa lagi di sudut empat penjuru, menyeru seru dan terus seru agar pintasan yang berlalu itu undur kembali. Tapi hari ini ku cuba selerakkan pintasan itu, lerai leburkan jauh-jauh agar aku tak memesong setia mengadap perkara yang sama.

Hari ini, sekian lama aku tidak merasakan nikmat jalinan kasih, selama ini aku hanya mampu selang seli masa, tak habis-habis melacur masa dengan tugasan harian, hinggaku kurang merangkul pahala, kurang tatap wajah ibu, kurang mesra bersama keluarga, apatah lagi mewarnai dunia ceria bersama adik-beradik serta darah-darahku yang lainnya.

Hari ini setelah aku bersua dan menagih masaku semula, baru aku sedar, aku sedang mengutip sikit demi sedikit pahala yang aku tinggalkan. Aku harap detik hari ini , akan aku praktikkan hingga hujung nyawa.
Akan aku menggalas cinta-cinta mereka supaya tiada satu pun yang akan terlerai.....



No comments: